| **Home** | **Pesbuk **|**Cuit Cuit** | **AtiQuote** | **KGDCG Sepahturious!!** |

Monday, 14 September 2015

Kenapa Masih Belum Kerja???

Beberapa hari lepas,
Aku ditegur oleh seseorang yang boleh dipanggil 'mak cik',
Teguran yang membuat aku sedikit sentap!
Hahahahaa...

Dia tanya kepada aku:
"Bila nak kerja?"
(Aku jawab dalam hati)
--'saya kerja la makcik, makcik aje yang tak nampak.'

Realitinya aku jawab,
"Saya tunggu konvo dulu baru kerja"
Damn! Aku pun bodoh! Pergi jawab macam itu kenapa?

Sepatutnya aku jawab macam ini...

==========
"Makcik, saya nak jadi bos! Saya tak nak jadi kuli.
Biarlah saya kerja cikai-cikai. Biar tak cool di mata orang
dan untung tak berapa besar - tak apa!
Sebab saya yakin dan pasti, bila saya bekerja sendiri,
setiap sen yang saya makan nanti, Halalnya itu, pasti!
Saya yang usahakan sedaya mungkin untuk mendapatkan duit itu sendiri.

Saya risau kalau saya makan gaji, cukup bulan saya nak poket terisi.
Tapi sepanjang sebulan saya bekerja - saya asyik main FB.
Rasa-rasa... gaji yang saya dapat itu Allah berkati?"
=========

Mudah kata,
Aku sedaya upaya mencari rezeki yang benar-benar Halal.
Rajin aku, banyaklah dapatnya...
Malas aku, haaaa... mendapatlah kau nanti Atiq ooiii!

*********
'YANG HALAL ITU BUKAN SEKADAR BEBAS ANJING DAN BABI'


Semoga 'pandanganku_yangmulia' sentiasa dirahmati Allah s.w.t

Wednesday, 2 September 2015

Dilema Seorang Dropshipper

Baru-baru ni aku ada keluar dari 1 grup dropship jual instant shawl murah.
Memang murah-memang berkualiti.
Walaupun aku tak pernah lagi beli dari dia, tapi menurut yang dah beli tu memang berkualitilah.

Hampir 2 bulan aku duduk dalam grup tu tanpa promote apa-apa shawl dia atau beli untuk kegunaan sendiri.
Sebenarnya memang menjadi tabiat aku,
For the first month, tengok dulu cara jual beli mereka ni berlangsung.
Ada penipuan ke? Ada masalah lain-lain ke...

Sebelum ni memang aku tak pernah dapat grup yang macam ni,
This is the first time...
Hahahahaaa!!!

Nak tau apa???
Servis lambat! Teeeerrrrrlalu lambat!!
Bila dropshipper tanya itu ini dia tak balas.
Dengan alasan dia seorang saja yang uruskan pembungkusan parcel dan lain-lain.
Ramai yang bagi cadangan suruh cari pekerja, tolong dia untuk proses pembungkusan.
Banyak juga alasan dia bagi balik untuk lepaskan diri.
Sampai dropshipper pon dah mula rasa sangsi.
(Akulah tu..)

Bukan kata tipu, tapi bila LAMBAT aje.
Ia akan jadi masalah. Masalah yang sangat BESAR!!
Sebab, costumer tak akan cari dia,
Costumer akan cari dropshipper.

=====================

Kepada 'Orang Yang Mencari Dropshipper' di luar sana.
Take Note, Please!!

•Bila anda mencari dropshipper,
Anda perlu bertanggungjawab dengan 2 orang costumer dalam 1 order.
(Your Dropshipper + Dropshipper's Costumer)

--Dropshipper anda ni yang bantu anda untuk teruskan kelangsungan bisnes yang anda jalankan.

Tak kiralah apa barang sekalipun, shawl, dress, kosmetik, barangan kesihatan... Mostly penjual menjual barangan yang bagus, tapi mungkin ramai yang tak ada bakat untuk promote barang pada orang luar.

Itu gunanya dropshipper yang akan jadi your promoter for your own products! Mereka dah tolong carikan costumer untuk anda, tolong hargai.

Anggap dropshipper ni sama je macam ajen dan stokis. Jangan kerana mereka join bawah anda tanpa apa-apa modal, anda nak layan mereka macam nobody. Jaga mereka macam staff sendiri.

*********************
•Bila anda mencari dropshipper,
Anda dah bersedia dengan stok jualan yang banyak DAN JUGA BERSEDIA DENGAN ORDER YANG SANGAT BANYAK!!

--Dropshipping antara sistem perniagaan yang sangat ramai orang minat nak buat. Terutamanya dari golongan suri rumah, student dan golongan yang menolak MLM. Huhuhuuu..

Bayangkan, berapa juta orang yang menunggu peluang nak jadi dropshipper? Itu belum kira yang masih was-was. (Nak jadi dropshipper ke tak nak? Nak teruskan atau tidak?).

Andaikan 1 bisnes, 100 orang mahu jadi dropshipper. Dan orang yang mengendalikan 100 orang dropshipper itu hanya anda seorang. Agak-agak larat? Bayangkan dalam 100 orang, separuh daripada mereka memang hardcore mencari pelanggan. Order paling kurang dalam sehari ada 5. 50 darab 5... Seorang nak handle. Larat??

Anda perlukan staff yang lain untuk membantu dalam urusan pembungkusan parcel. Ambil dalam 2 orang staff. Anda uruskan order, staff tadi tolong bungkus. InsyaAllah tak miskinnya kalau buat macam itu. Kita berkongsi rezeki, Allah akan murahkan rezeki kita.

*********************
•Bila anda dah dapat dropshipper,
TOLONG JANGAN BAGI ALASAN YANG BUKAN-BUKAN!

--Dropshipper ini kebanyakannya orang asing yang memang tak kenal siapa anda. Tak tahu anda duduk di mana. Mereka hanya letakkan harapan agar mereka dapat duit sampingan apabila menjual barangan anda.

Jadi, bila mereka dah berjaya mendapatkan costumer untuk anda, berlaku jujur. Jika parcel boleh dihantar pada waktu yang segera, beritahu. Kalau perlu ambil masa sebulan, setahun.. beritahu. Jangan katakan, "order sis, saya dah hantar", sedangkan tak pun! Dropshipper ini ambil kata-kata awak tu dan beritahu costumer yang parcel dah hantar.

Masalah timbul bila dah seminggu, barang masih tak sampai-sampai. Sedangkan anda dah kata "order sis, saya dah hantar". Masalah lain pula timbul bila costumer minta tracking number pada dropshipper. Nak dapat mana tracking number? Parcel pun tak hantar lagi, silap-silap bungkus pun belum.

Nama yang busuk bukan anda! Tapi dropshipper yang menolong anda mencari costumer itu tadi.
*********************

Entri kali ini bukanlah nak mencari salah 'Orang Yang Mencari Dropshipper'.  No! Seriously,  no!
Cuma ia sekadar teguran. Dropshipper ni datang dari mereka yang memerlukan duit sampingan. Mungkin juga hasil menjadi dropshipper itu juga adalah mata pencarian utama mereka.

Kalau dompet mereka berkepuk-kepuk, aku yakin mereka tak jadi dropshipper. Mungkin mereka antara salah seorang yang post duit berkepuk-kepuk, berbentuk kipas dengan caption "Nak jadi kaya tanpa sesen pun modal? PM saya".

Bila kita berkongsi rezeki, jadikan rezeki itu dari hasil yang baik-baik.
Yang halal boleh jadi haram, yang haram boleh jadi halal.
Kalau kena caranya.

Assalamualaikum.


Semoga 'pandanganku_yangmulia' sentiasa dirahmati Allah s.w.t

Wednesday, 17 December 2014

Kau Ni BODOH ke??

Entri kali ni tiada kaitan dengan sesiapa, tidak mengutuk sesiapa, atau merujuk kepada sesiapa melainkan kepada aku sahaja.
Jangan assume macam2 dan stop act like a stupid person
*Thanks!!*
BODOH menurut Dewan Bahasa & Pustaka, individu yang sukar mengerti atau mempelajari sesuatu, bebal, dungu, tolol. Menurut Dr. Azizan Osman pula bermaksud - tiada ilmu. Dan menurut aku, perkataan BODOH itu adalah 'mencarut', bila mana dulu masa aku kecik2, kalau aku atau kawan2 aku sebut 'bodoh' kitorang kena cepat2 sebut 'TOBAT!'. Bertujuan untuk menghapus dosa mencarut.

Bodoh tol masa kecik2 dulu
*TOBAT!!*
pheeeeww~

Seriously, aku mengaku dengan sejujur-jujurnya, aku pon tergolong dalam golongan manusia yang bodoh ni. Walaupun orang nampak aku macam well known, tapi kita sendiri lebih tahu kan sejauh mana pencapaian kita. Sumpah!! Aku tak suka bila orang melihat aku ni serba tahu semua perkara, dan mengharapkan aku mampu buat semua benda. Sebab aku tak suka nak kecewakan orang dan patahkan harapan orang.

*sebenarnya itu kelemahan aku*

Terlalu BAIK nak penuhi permintaan orang itu dan ini. Akhirnya aku sendiri jadi mangsa. 
BODOHNYA aku!!
*TOBAT!!*

Aku mengaku aku sebenarnya agak ZERO dalam ilmu2 yang sepatutnya aku dah POWER. Selama 4 tahun aku duduk di UUM sebagai student Multimedia,orang kiri-kanan-depan-belakang pandang student jurusan kami ni macam hebat sangat buat designing, sebenarnya dorang tak tahu pun yang aku ni ZERO!!! 

Tapi bagi aku, itu bukanlah reason untuk kita terus menyalahkan pihak lain kalau kita tak pandai buat sesuatu tu. Dan jenis aku memang suka cari dulu-belajar dulu-kaji dulu sebelum bertanya. Dan bila aku memang dah tak jumpa apa yang aku nak, baru aku tanya.
*walaupun selalunya orang STILL cakap kat aku*

"Awak tak baca/study/kaji/bla3 dulu ke sebelum tanya saya"
(kriiik...kriiik...kriiik)
Aku kadang2 slow learner... Tapi kadang2 aku boleh jadi fast learner!!!
Sepantas Buraq mungkin
(veranganzz)

Aku pun xde lah nak borak kencang macam semua orang pandang aku memang hebat giler. Aku ni kadang2 ada orang lihat sebagai seorang manusia yang bodoh. Bodoh sangat2!!! Tapi aku tak mahu selamanya dilihat sebegitu di mata2 orang yang kononnya berada jauh di hadapan aku. Biarlah dia duduk di depan, dan aku masih di belakang. Aku tak kisah pun. Cuma aku tak mahu dilihat seperti Manusia Bodoh!!
Sebab...
AKU BUKAN BODOH!!!
*aku cuma TAK TAHU*

Disebabkan aku tak mahu kelihatan bodoh, aku sering bertanya. Walaupun soalan2 yang aku tanya tu pun macam bodoh je. Aku tetap akan tanya! Sebab kesilapan2 kecik dan bodoh (pada pandangan 'Orang2 Pandai') inilah yang akan menyebabkan sesuatu perkara tu boleh jadi jahanam. Maka untuk mengelakkan sesuatu tu menjadi jahanam, jawablah soalan2 orang bodoh.
*heheheeeee*

Anggap ajelah budak2 bodoh ni macam anak2 korang. Takpun adik korang. Senang citer famili koranglah! Korang nak biarkan famili korang terus terbelenggu dalam kebodohan mereka? Mestilah TAK kan! Kita kalau boleh sedaya upaya memastikan anak2 kita ni menjadi pandai. Kenapa tidak dengan orang di sekeliling kita?? Bukankah dorang juga saudara2 kita?
KITA KAN BERSAUDARA!!
~kan~


Ilmu takkan berkuranglah kalau kita mengajar.

*   *   *   *   *   *   *   *   *   *
Ekceli! Entri ni aku nak post sebelum Along aku kawen.

(teks di bawah ni adalah teks yang aku nak post sebelum 13 Sept 2014 dulu)
.
.
.
.
.
.

Kebelakangan ni aku sangat-sangat-sangat busy. Hari Sabtu Ahad pon aku tak cuti. Bukan sebab apa pun, cuma nak cover hari aku nak cuti nanti. Aku nak kena siap2kan semua kerja aku sebelum aku cuti. Senang orang2 yang akan tinggal kat ofis ni nanti buat kerja2 aku sikit. (dorang nak buatkan kerja aku ke??) Aku amik cuti sebab aku bakal menimang menerima Abang Ipor baru. Bertambah lagi famili aku. 

Saja nak post gambor raya ni. Nak tunjuk jumlah semasa keluarga aku sekarang ni.
*btw! Anis pon bakal menimbang menimang adik tak lama lagi*
-Jaga2lah ko yea Ema-

.
.

.
.
Ni lah ayat paling last aku taip dulu. Perggghh!! Lama dah kot! Lebih 3 bulan dah. Hahahahaaa..
Daaaaaannnn....
Dah macam2 jadi kat famili aku within 3 months ni!!!
.
.
.
.


Kakak aku dah kaweeennn!!!
Yearrrghhh!!!
Ni bukan Anis masa baby..
Ni adik KekNis yang bernama Athirah Zulfa
Inilah budak #SiKeningCamLukisPakaiPensil2B
Muka penuh perancangan jahat untuk masa hadapan

Dan aku baru je dapat info. Along aku pulak tengah pregnant sekarang ni. Harap membesor dengan penuh sado ye semua. Boleh jadi dumb bell mayam.

Adik aku pulak dah start garik nak kawen katenye........ kome weyh!!

*aku jugak la yang belum2 kawen lagi*


ASSALAMUALAIKUM!

Semoga 'pandanganku_yangmulia' sentiasa dirahmati Allah s.w.t

Thursday, 11 December 2014

'Nama' WAJIB padan dengan 'Muka', ke?

بسم الله الرحمن الرحيم

Tadi saja lah aku ber-blogwalking kat Blog BN. Citer pasal gambar anak sulung Zahid AF. Dulu aku mmg kipas-susah-mati Zahid ni. Memang tahap menggelupit giler arh aku dengan dia dulu. Masa dia jadi juara tu lagi lah. Kemain mentaik aku kat asrama.

*masa final AF2 bukan minggu budak asrama balik*

Aku ingat lagi esoknya hari ahad, aku layan radio dari pagi sampai petang semata-mata nak layan lagu Milikku tu. Bersilih ganti lah lagu Haruskah (Adam), Aku Cinta Kamu (Linda), Cinta Seorang Teman (Bob), Tangisan Dalam Kerinduan (Farah Breep Breep), dan Kembali Bersama (Kaer). Seriously, aku tak kisah pon siapa yang menang untuk AF 2 masa tu sebab semuanya memang berbakat.

*OK!! Dah meleret sangat mukadimah aku ni*

Nak dipendekkan cerita aku tengoklah gambar-2 anak si Zahid ni yang diberi nama Zareef Nufael. Memang ejaan cam nak Arab-2, English2 sikit la. Kalau bahasa kita ni sebut Zarif Nufail je. Then, aku baca-2 lah komen dibawah. Terbacalah satu ayat yg seperti di bawah:-


Apekah???
"Indah NAMA dari RUPA?"
Aku tak sure apalah yang dia fikir masa dia komen macam ni. Aku tak adalah nak mencarut kat dia. Serius tak!!! Memang dalam kepala hotak aku masa baca komen dia ni, aku dah terfikir.

"mungkin dia ada anak... nama Qistina Agelera. Tapi muka so-so, boleh kata 100% muka orang Melayu yg berkulit coklat Koko Jelly. Then anak dia jadi mangsa cemuhan manusia sejagat sebab nama anak dia tak padan dengan muka. MUNGKIN!!"

Dan mungkin jugak dia sebenarnya tak tahu yang NAMA ini adalah DOA untuk kita sendiri. TAKDE KAITAN LANGSUNG DENGAN MUKA KO HODOH ATAU CANTIK!! Kena ingat lah yea.. Masa kita kecik-2 takkan sama sampai kita besar. Mungkin masa kita kecik kita comel macam anak Che Ta - nama pon letaklah panjang2 sampai terbelit2 lidah opah ko nak sebut. Dah besar nanti muka ko dah tak secomel tu. Wajibkah ko tukar nama ko jadi Minah Senget??
~Tak kaaaann!!~

Ada jugak orang tanya aku. Kenapa sekarang poyo nak orang panggil aku dengan nama ATIQ? Nama penuh aku Nurul Atiqah yang bermaksud Cahaya Yang Mulia. Memang dulu aku bagi orang panggil nama aku Tikah dan Ika. Nampak macam simple, senang nak sebut. Pastu aku perasan, nama tu tak ada maksud!!! Sebab itu sekarang aku suruh orang panggil aku dengan nama ATIQ --> Kaabah, Yang Dimerdekakan.
~Nampaaaak??~

Ni sama jugak lah dengan nama anak Scha dan Awal. Pulun dok kata nama anak dia ni maksud tak elok. Nanti anak besar jadi orang bermasalah lah, kemurungan sepanjang hayat macam Grumpy Cat lah. Memandai je korang kan! Memanglah perkataan 'Lara' dalam bahasa kita ni maksudnya AGAK tak baik. Tapi dalam bahasa Latin, Ukraine dan Rusia, Lara tu bermaksud terkenal, perlindungan dan anggun. Aku pun tak tau lah apa kaitan nama tu dengan anak dia. Dorang lebih tahu apa yang terbaik untuk anak dia kan. Ko pon kalo boleh belek-2 la kamus negara-2 lain. Manalah tau dekat tempat dorang nama kau tu bawak maksud tak elok.
~kau suke??~

Berbalik pada cerita anak Zahid tadi. Nama dia bermaksud yang baik-2 dan aku yakin Zahid lebih tahu apa yang terbaik untuk anak dia. Tolonglah yea. Bukak minda tu luas-2. Nama tu DOA, bukan sekadar gelaran.

Dan aku kalo boleh nak pesan lah yea. Tak payah letak nama anak sepanjang-2 alam bagai. Last-2 ko panggil anak kau Mat je. Kejadah??  Ko tak kesian ke kat anak kau nanti? Masa dia nak menulis nama dia masa exam sampai tak cukup ruang nak tulis nama dia je belum bin/binti lagi. Dahlah nama kau pon dah panjang. Tu belum cerita nak isi borang PTPTN. Banyak kot nak kena isi!!
*aku tgh doakan anak ko dapat belajor tinggi-2 skrg ni tau!*

Bagi aku nama yang paling elok adalah dua suku kata je. Sebab senang nak sebut. Hari2 orang dok doakan anak kau. Tak ke best camtu? Dan sebab itu jugak aku pilih untuk panggil anak sedara aku Anis dan Zulfa. Mudah dan bermaksud.

*   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *

BANYAK BENDA BAIK DI DUNIA,
YANG JAHAT JUGA DILIHAT ORANG

*   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *


Saje nak amik kesempatan sikit untuk promosi projek terbaru StorySeller Sdn. Bhd. Pada pembukan tahun 2015 nanti akan ada Projek Kreatif dan Kaya 2015 khas untuk mereka yang berminat dalam bidang penyiaran, lakonan, dan penulisan. So kalau berminat bolehlah mendaftar!! Murah-2 je beb. Ilmu yang korang dapat boleh jana kewangan untuk diri sendiri tau!!

Oklah. Assalamualaikum!




Semoga 'pandanganku_yangmulia' sentiasa dirahmati Allah s.w.t

Friday, 15 August 2014

SEPAHTURIOUS Beraya Beria2 Sampai Gila!!!

بسم الله الرحمن الرحيم
Sebelum mula cerita nak mintak jasa kawan2 untuk sedekahkan Al-fatihah kepada Allahyarham ayah kepada kawan saya Nurul.
*Al-Fatihah*
.



.



.




.



.



.



Okey! Dah boleh cerita perjalanan paling GILA sepanjang SEPAHTURIOUS beraya pada 10 Ogos yang lepas.
GILA!! Sangat GILA!!!
Serius! GILAAAA!!!
*actually, Sepahturious sendiri mmg GILA*

 Kami memang dah plan nak beraya ke Johor ni sejak lebih seminggu sebelum Majlis Berbuka Puasa : Sepahtu bersama Anak2 Yatim Rumah Perlindungan Nur Qaseh. (Panjang nor nama event tu kan~). Kemain lama lagi merancangkan. Alhamdulillah kami pon berjaya buat juga XPDC beraya ni. Walaupun ekspres gila persiapan. Van pon baru kompom sewa pada hari rabu. Siap sewa dengan pemandu Kauuu!! Kesian kat Angah nanti, nak kena bawak van pergi dan balik. Johor dengan KL bukannya dekat. Lagi2 Kulai. Jauh tu...

Kami dah bercadang untuk berkumpul kat Terminal Bersepadu Selatan. So senang untuk pemandu amik kitorang. Takdelah satu hal nak 'kutip' sorang2 kat tempat2 yang berbeza. Mula2 ingat nak jumpa Nurul. Nurul terpaksa batalkan hasrat dia nak join kitorang sebab nak balik ke Batu Pahat. Ayah dia sakit (ketika itu...) tapi aku lambat sampai. Dia dah naik bas jam 11 pagi. Sebab pagi tu rumah aku tak ada air pulak. Susah la aku nak mandi. Aku memang dah cadang nak mandi kat TBS. Dah siap2 dah nak keluar rumah dalam jam 9 pagi, aku check la kejap kat paip. Ada pulak air!! Aku memang dah rimas sangat2, malam tadi pulak mmg panas. Aku decide nak mandi dulu. Tu yang membuatkan aku lambat. Ralat sungguh aku rasa. Bengang pon ada!!!

Sampai2 je aku kat TBS aku berjumpa dengan Sis Aini yang menonong jer berjalan. Berani dia tak nampak aku?! Hahahaha. So aku pon tegur la.. Pastu dia cakap dia ternampak kelibat lembaga iras2 Aifa menuju ke atas. (actually, gua pun nampak kelibat beliau). Nak dipanggil risau salah orang. Aku xada keberanian yang cukup untuk memalukan diri sendiri. So, dengan kepandaian yang masih bersisa 20% dalam kepala otak aku masa tu. (lagi 80% stuck, sebab tak cukup tidur. Panas!!) Aku pon contact Aifa guna WhatsApp. Minah tu tak online plak. Aku pon menganggap isu Aifa ni bukanlah sesuatu yang penting sangat. So aku cadangkan kat Sis Aini untuk makan dulu. Memandangkan aku memang tak makan apa2 sejak malam tadi.

Kitorang g kat food court aje. Teruja dengan sistem yang dorang gunakan. Bayar dulu di kaunter untuk ambil kad - order - bayar guna kad. Kalau ada baki dekat kad tu, korang boleh ambil baki semula kat kaunter yang korang buat bayaran mula2 tadi.
*kemain promot ye nyaaaah~*

Masa tu yang lain2 belum sampai lagi. Memang aku ambil kesempatan gila2 untuk makan lambat2. Makan lambat2 pon boleh tersedak. Tersedak bagai nak mampos plak tu. Siapa la yang sebut2 nama aku masa aku tengah makan nasik lemak ayam goreng ala kfc tu. Pastu, sorang2 inform dekat WhatsApp yang dorang dah sampai ke TBS. K. Long Kawasan Serdang pon dah bagi arahan untuk turun ke bawah. Matila naaaaaakkk~ Makanan tak habis lagi. Dengan tenaga yang masih ada aku cepat2 habiskan nasik lemak yang bersisa hampir sesudu setengah.
*Hahahahahahaaa*

Latest aku baca kat WhatsApp, Liza ade dekat lobi TBS. Aku mencari2 jugak budak bawah umur ni. Risau kot2 kitorang dah sampai Muar, dah pekena Kuey Tiaw Pale Mee Bandung K. Az, baru budak ni merengek2 cakap dia dah kena tinggal. Bukan boleh percaya budak2 bawah umur ni. 
Cari2 memang tak jumpa. Gua dah plan nak turun je, tiba2 dia keluar dari sebalik tiang. Poyo sangat bergurau macam tu. Serius tak kelakar langsung!!

Kitorang singgah kat kedai runcit (tah ape nama ntah) untuk beli kudap2 masa dalam van. Liza pon belum sarapan lagi, so dia belilah roti. Sis Aini beli jeruk. Aku pulak beli air 100 Plus je, aku memang tak suka makan dalam perjalanan. 
(Walaupun hampir habis jugak kuih yang Faa bekalkan untuk kitorang, aku bedal)

Kitorang pun turun la ke van yang kami sewa. Rupa2nya semua dah tunggu dekat van. Kitorang pulak elok je berlenggang kingkong ke van tu. Dalam hati dah bajet2, mesti k.long & lain2 dah berbakul2 mencarut kami yang lambat datang ni. (Hahahaha... Peduli pulak aku!).
Tapi ada seperkara yang buat aku peduli bila Siti-Erah-WinWin cakap kat aku tayar van tu kecik dan driver kami tu pandu macam GILA!!! Tadi masa nak keluar rumah, dia dah terlanggar kereta Myvi sape ntah. Aku pun dah mula fikir bukan2. Tapi taknak lah gelabah sangat. Hilang macho aku nanti. Kami pon tak borak panjang terus masuk dalam van dan gerak ke destinasi pertama iaitu Muar, Thailand.

Nak borak panjang pon buat apa? Kan satu van, boleh je nak borak sepanjang perjalanan.
Malangnya semua itu hanya rancangan. Belum lagi keluar dari kawasan KL, driver yang kami selesa panggil pakcik saja (sebab xtau nama) dah bawak macam orang mengantuk. Macam dah 5 hari tak dapat tidur. Aku yang duduk paling belakang dengan Aifa memang terasa serabut perut la hooooi... Tiba2 pakcik ni brek mengejut ke tepi jalan. Kami macam terpinga2. Dalam hati aku ni dah berdoa2, janganlah ada masalah kat van ni. Tak sanggup aku nak menghadapi perjalanan jauh yang penuh liku macam yang selalu aku tengok dalam telemovie hari raya kat tv tu.
*kebetulan pulak memang tengah nak beraya*
Kami nampak pakcik tu tengah basuh muka dengan air mineral yang dia bawak. Demmit! Ni mesti dah mengantuk! Kepala otak aku yang masih berbaki 12% kepandaian ni cuba nak merangka2 apa yang perlu kitorang lakukan. Malangnya dengan baki kepandaian yang sebanyak itu tak mampu nak membuatkan aku berfikir macam **** (malas mention nama!)
:3

-selingan-
Depan : Siti & Angah
Belakang : Aifa & Aman Wan *kbai*
Sempat lagi nak selfie di dalam van yang macam bot - terhoyong hayang!
Masing2 semangat pakai baju kilang SEPAHTURIOUS!!!
Hahahahaaaa...
Pakcik tu pun sambunglah perjalanan. Dalam perjalanan nak ke Muar sahaja aku agak2 dalam 3-4 kali pakcik tu berhenti. Tak kira lah berhenti tepi jalan takpun RnR. Perjalanan ke Muar yang boleh kata hanya makan 2 jam lebih dah jadi dekat 3 jam. Program balik hari kan. Taknak la nak bazir2 masa. Hati masing2 dah berbulu je. Selebat karpet bulu yang selalu dilekatkan di dada Azlee Khairi. Eh?!
*marah lak Liza nanti*

Sampai saja kami ke Muar, bulu2 yang berada di hati kami tadi mula luruh sedikit demi sedikit. Kemain berbunga dah hati memasing. (Dah bunga pulak!!) Semua dah fikir makanan apalah yang K. Az akan hidangkan kat kami masa kami sampai nanti. Aku dah bajet2, mesti K. Az nak hidangkan Mee Bandung Muar...dan memang ya, K. Az hidangkan makanan tu. (Malangnya aku tak sempat nak merasa, sebab penuh gila perut time tu) K. Az ada jugak hidangkan Spegati Bolognese (aku tau aku dah salah eja, diam2 sudah) dan Laksa Johor (MY FEVERET!!!!!). Disebabkan Laksa Johor tu lah yang membuatkan perut aku dah penuh dengan kasih sayang yang K. Az limpahkan kepada kami.
*sweet kan SEPAHTURIOUS!!*

-selingan-


Budak2 kilang tengah berehat
*gambar pakej 1 van*
Masing2 dah tukar uniform
Dari kiri : Angah, Sis Aini, K. Long (yg kelihatan kurus), Aku (yg maintain gemok), Faa (depan aku), Aifa (belakang Faa), Liza (depan Aifa), K. Az (belakang Liza) dan Siti (depan K. Az)
*memang aku rajin taip depan-belakang-depan-belakang nih!!*
Kami diarahkan tanggal cermin mata sebab silau. Aku tengah mencarik2 lubang camera.
Serius macam mencari semut hitam, di atas batu hitam di malam yg kelam.
*perumpamaan*
K. Long dengan K. Az
*K. Az dah nak masuk kerja shift malam*
Babaai K. Az, thanks for the osem giler foods and cekelat Langkawi. Keja leklok. Jgn balik lewat sangat.
:p
So tibalah perjalanan kami ke Kulai pulak. K. Long dengan pailangnya dah bagitau pakcik tu suruh keluar tol dan masuk ikut tol Kulai. Pakcik tu memandulah van tu dengan penuh machonya. (Walaupun...)

Agak dalam sejam lebih dalam van, tak nampak pulak dia keluar mana2 tol. Sedangkan dalam anggaran dari rumah K. Az dengan tol Ayer Hitam taklah jauh sangat. Ni citer kalau dia guna jalan kampung ke Kulai mau kul 9-10 pulak nak sampai rumah Mama Shuib. Dah bila pulak nak pergi rumah famili Jep?

Perjalanan masih diteruskan. Sampailah ke satu simpang di dalam kampung. Lepas tu pakcik tu tiba2 nak U-turn. Bulu kat hati kami yang baru je luruh tu mula tumbuh balik. Kali ni tumbuh lagi lebat dari yang sebelumnya. Dah lama menonong bawak van tu, baru perasan dah salah jalan?? Kendian dia masuk ke dalam Balai Polis Lenga. Menguatkan lagi lah firasat kami yang dia dah tersesat. Sementara dia berjumpa dengan polis kat dalam tu, kami sempat mencarut dalam 3 bakul rotan dah. Tahlah van tu bocor kat bahagian bonet. Aku dah kebasahan dah kat belakang. Aduhaaaaaaiii~~

Lepas dia dah settle ngan polis kat dalam tu. Dia terus masuk dalam van dan start enjin. Tak ada langsung nak bagitau kitorang apa dah jadi apatah lagi nak mintak maaf dan mengakui silap dia yang dia dah tersesat. Aku masa tu muka dah tak ada senyum lagi dah. Dalam hati ni memang dah mencarut tak berenti2 dah. Punya lah sakit hati. Jauh pulak tu nak patah balik. Dan pakcik ni pon memang dah agak dia memang dah jauh tersesat. Dia bawak laju memang tak hengat la. Bayangkan jalan kampung ko bawak laju2 nak dekat 180km/j. Kalo accident, mati tak pasal2. Dahlah semua yang menumpang tu anak dara semuanya. (KAMI MASIH DARA). Pakcik tu memang aku tak ambik kesah lah dia tu kahwin ke, bujang ke atau duda. Pikirkan diri kami aje ni. Aku kat belakang dah menyindir2 la, xtau pakcik tu dengar atau tak.

"Kalau tau macam ini, tak sewa pemandu lagi bagus"

Dipendekkan cerita, Kami sampai ke tol Kulai dalam jam 8 malam. Cyiira dan kawan dia dah tunggu di tol Kulai dari jam berapa aku tak sure la. Dia memang nak follow kami ke rumah Mama Shuib & Jep. Sampai2 je kat rumah Mama kami terus serbu makanan.

*tadaaaaaa*
Gambar SELEPAS je sempat ambik sebab makanan sampai satu persatu.
Hidang je kaut~ Hidang je kaut~
-Nasi Himpit, Rendang Ayam Kaw, Sambal Goreng Jawa dan Tembikai-
(Tak lupa jugak Mama hidangkan kami Kopi Shuib)
Kami makan cepat giler, secepat pakcik driver bawak van tadi. Kami cepat2 sebab nak kejar ke rumah famili Jep di Kg Melayu Kulai. Kesian Mama, sebab kami singgah sekejap sangat2. Dia dah masak macam2. Nampak sangat macam kami singgah sebab nak makan jer. Huahuahuaaa..
InsyaAllah Mama, next time kami singgah lama ke Kulai. Masa tu kita bergosip non-stop ok!
Thanks jugak Mama bagi kami merasa Kopi Shuib yang super osem tu. Kemain 'kembang' masing2.
*kbai*

-selingan-
kenangan kat rumah Mama Shuib. Kali kedua aku singgah selepas terjahan pertama masa MLM2013 kat Johor ri tu.
Part nak ke rumah famili jep ni aku kira agak kelakor la perjalanannya. Sebab dah masuk taman ni pastu keluar, masuk balik. Cyiira yang follow kami pon mungkin dah pening sebab alih2 tempat yang sama je kami pusing. Sedangkan dah guna Waze dah tu. Masa dah dekat nak sampai ke Kg Melayu Kulai tu, kami sesat lagi. Yang tak boleh blah, Waze tu bawak kami betul2 depan Tokong Buddha yang agak menyeramkan dengan patung2 yang besar dan menakutkan ditambah pulak keadaan sekeliling yang gelap dan sunyi. Siap Waze tu cakap "You arrived your destination". Kepala hangguk ko!! Aku tengok patung2 kat tokong tu macam pandang je ke arah van kami (hampes sungguh!!). Tahla malam tu Malam Hantu Cina (ntahlah betul ke tak sebab aku nampak ramai orang cina main bakar2 kertas depan rumah dorang). Menambahkan lagi seram masa tu.

Kami pon turun balik ke terminal bas (kot~). Terminal di mana Mak Jep ada bukak gerai makan kat situ. Tadi dah lalu tempat ni sebelum naik ke bukit yang bawak kami ke tokong tadi. Aku cam tempat tu, bermakna kami memang tak jauh dari rumah Jep. Sebelum tu pun aku memang dah nampak rumah Jep, tapi aku tak sure betul ke tak sebab dah malam. Kang kalo salah aku jugak yang kena pijak berjemaah dengan budak2 Sepahturious yang lain. Tak pasal2 jadi tragedi.

Dipendekkan cerita, last2 kami jumpa jugak rumah famili Jep. Naik2 je tangga Istana Takeshi rumah Jep tu terus aku nampak benda bercahaya naik ke atas. Mati2 aku ingatkan famili dia pasang flare. Lepas tu berdentum dentam langit. Si Wawan pasang bunga api yang macam time merdeka tu


Begitulah kemeriahan bunga2 api ala2 time merdeka gitew. Kami yang memang pantang dengan benda2 yang AGAK havoc sikit mulalah jadi cigak (atau beruk/monyet/kera bak kata ughang kampau). Masing2 terjerit macam disampuk polong, pocong dan hantu kak limah. Meriah memang meriah. Tapi masuk2 je rumah terus diam. Sampai Abg Akim bahan kitorang lah.

"Diam je semua. Ada tahlil ke?"

Lepas dia bahan tu kemain pecah gelak memasing. Lagi2 K. Long dengan Siti. Ringse pulak bijik mata aku tengok. Lagi2 K. Long, belum apa2 dah menggelupit nampor2 belakang aku. Nyaris la K. Long Kawasan. Nyaris laaa...

Kami disajikan dengan bermacam hidangan. Aku ni kalau pergi rumah orang untuk beraya aku mesti terjah kuih raya rumah tu dulu. Tapi kat rumah Jep aku tak boleh makan dah. Perut dah penuh dengan makanan dari rumah K. Az dan Mama. Nasib baik ruang untuk makanan berat masih ada. (Boleh pulak macam tu?). Mak Nab, Kak Ain dan Kak Khaty tgh setup meja untuk hidangan kami. Aku nak jeling2 jugak, tapi segan. Bukan segan apa, segan kalo kena bahan dengan adik beradik Jep. Akak ta kuad diiiiiikk~~

Jeng! Jeeeeeeeng!!!
Mee Rebus Mak Nab!!!
*ok! bukan mee tu rebus Mak Nab. Tapi Mee Rebus yang Mak Nab buat. Aku yakin korang paham maksud sebenarnya ni. Aku yakin!!*


Koktail buah
(tak perlu makan dengan panadol mahupun Xtive Fast)
*teringat K.long dengan Siti kata "Sedapnya" serentak. rase nak lempang je dua2 tu. kebetulan duduk kiri dan kanan aku. tak abis2 buat aku ringse*
-gambar kuih lopes tak sempat nak rakam dengan jayanya sebab semua dah kekenyangan dan pikir nak balik je-
hahahahaaaa
Sebelum bertolak balik ke KL, kami berjimba-jimbit seketika dengan menangkap gambor berpuluh ribu. *tipu jer~*

Tepi la Angah! Orang nak tangkap gambar kite laaa!!!
Aku! Sentiasa Macho...
*tajuk novel aku yang akan release 90 tahun lagi*


So ini lah pengakhiran cerita beraya kami. Ikutkan panjang lagi nak citer. Lagi2 time perjalanan balik ke KL. Perjalanan yang penuh dengan penumbuhan bulu2 di hati. Sungguh BERBULU! Tapi aku malas nak ingat lagi dah hal yang lepas. Aku nak ingat kenangan2 yang menyeronokkan dengan SEPAHTURIOUS je.

*dan iktibar untuk kami, pasni jangan amik DRIVER LAGI DAH!!!!*
.


.


.


.


.




Hari tu aku ada tanya Bella, "hari ini hari Rabu ke?" Dia jawab "Ha ah. Tiket murah...".
*Nampak tak dia nak panaskan ketiak aku. Tau la selalu pergi tengok wayang!!*

 Jom Sepahturious!!! Kita tengok citer Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa. Tengok trailer dia pon cambest je. Dan jangan lupa!! 16 Ogos ini jam 12 tengahari melepak la korang depan Astro Warna or Mustika HD untuk tengok Sepahtu dalam telemovie Bujang Sepahtu Lenggang Kangkung.

Oklaaaa... setakat ini je la entri aku kali ini. Panjang giler dah aku menaip. Mau makan masa seminggu nak karang entri nih. Hahahahaa. Pasni nak citer pasal open house kat rumah Aifa pulak. Dia dah panaskan line kat WhatsApp dengan gambo2 makanan yang dia akan hidangkan ESOK!!!
.


.


.


.
~test! test! 1-2-3!!~
Terima kasih kepada semua yang mengundi saya selama ini sampailah saya dapat merangkul gelaran SEPAHTURIOUS paling hensem.
LIHATLAH DUNIA!!

Hahahahaa...

Jangan lupa untuk menantikan press conference Anugerah Lawak Warna pada 25 Ogos nanti. Lepas tu jangan lupa mengundi Jep untuk Kategori Artis Lawak Lelaki Paling Popular.
Biar Jep menang lagi dan lagi dan lagi..
Biar MATI cendawan2 yang tak kena budi
Yang cuba nak tengok kerjaya orang lain mati
Jangan bagi peluang lagi kali ini
*sajak ke pun?*


ASSALAMUALAIKUM

Semoga 'pandanganku_yangmulia' sentiasa dirahmati Allah s.w.t

Friday, 8 August 2014

Fasa Baru Dalam Hidup

بسم الله الرحمن الرحيم

Hahahahaaa!!!! 
Giler la! Mula-mula lagi dah gelak. Kelakor sangat ke ape?

Sebenarnya aku baru perasan. Tahun ni aku hanya post 1 entri je kat blog aku ni. Itupun masa Bella nak hantar report praktikum dia dulu. Dan sekarang aku lak PRAKTIKUM kat tempat Bella praktikum dulu. Lama gila! Tapi nak kisah apa pun kan. Bukan ada orang nak baca.
Hu'alooooh!!!

Alhamdulillah... Sejak 14 Julai lepas aku dah start bekerja kat company ZK Creative Production Sdn Bhd. Minggu ni, pada hari ni dah masuk 2 minggu (tolak cuti raya). Pergh!! Kerja baru seminggu dah dapat cuti (pon seminggu). Ramai gak yang jeles ngan aku hanya semata-mata aku dapat cuti lama. Bagi aku biasa-biasa je pon. Ramai lagi orang yang dapat cuti panjang untuk raya ni.

Aku tak banyak nak citer pasal Raya aku tahun ni. Tahun ni tahun paling sederhana aku sambut Aidilfitri. Di samping kemelesetan ekonomi yang aku hadapi buat masa ni. Hmmm... (Yea... gelak kan aku). Dalam pada itu, aku juga rasa sedih dengan tragedi MH17 yang menimpa Malaysia. Belum lagi rakyat Malaysia habis sedih dengan kehilangan MH370. Ditambah pulak dengan peperangan di Gaza. Tak sampai hati pulak aku nak bergembira tahap kuda (seperti yang selalu aku lakukan...) Jadi aku pon sambut biasa-biasa je. 

Citer pasal tajuk entri ni. Saja la nak bagitau. AKU DAH KERJA!! Dah ada income sendiri. Nak kata aku belajar berdikari. Alhamdulillah mak abah aku dah ajar aku hidup sendiri sejak tingkatan 1 lagi. Apa-apapun. Aku akan terus kejar cita-cita aku. That's why I'm here...

At ZK CREATIVE PRODUCTION SDN BHD!!!

*masa aku menaip entri ni aku tgh dengar lagu Bisikan Rinduku nyanyian Dayang Nurfaizah. Guna headphone. Seram lak rasa sebab mmg ada dengar bisik-bisik dalam lagu ni. Tahla aku sorang je dalam opis ni*



Semoga 'pandanganku_yangmulia' sentiasa dirahmati Allah s.w.t

Monday, 6 January 2014

Terbaik laaa...

بسم الله الرحمن الرحيم

Adooooiii.. Bengang tol la ngan bijik mata nih... 
Aku baru nak start sambung Nikah Bukan Untuk Cerai dah mula rasa nak mengantuk... 
Tadi takde pon rase nak tido!!! 
Ni sume salah Bella... Sume salah dia... xde salah orang lain!!

Hmmm... postpone lagi gamaknya nih... 
Sekarang ni tgh berkira-2. Nak masukkan Bab1 ke or tunggu dulu...

Pape je laa~~
Elok aku tido dulu...
Kbai.... 
Assalamualaikum....


ni cara Bella tido... Serius!!








Semoga 'pandanganku_yangmulia' sentiasa dirahmati Allah s.w.t

Wednesday, 1 January 2014

Selamat Datang 2014!!!


بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat Tinggal 2013 & Selamat Datang 2014.

Banyak kenangan aku masa 2013.
Sangat2 banyak.
Suka duka, pahit manis...
Semua aku rasa!
*ayat cliché abis... hahahaa*

2013
Tahun yang sangat perit bagi aku sepanjang aku hidup...*mungkin*
Tahun dimana aku kenal sahabat, kawan dan musuh...
Tahun dimana aku ditipu bulat2 oleh pihak2 yang aku percaya...
Tahun dimana aku punya hasil kerja dicuri sewenang2nya depan mata aku...
Tahun dimana aku kenal keupayaan diri aku...
Tahun dimana aku rasa tanggungjawab aku di dunia ni BESAR!!!
*saje nak buat BOLD, senang pada org yg malas nak baca 'tahun dimana aku' banyak2 kali

Tapi yang pasti!!! 2013 masih bukan tahun dimana aku bertemu dengan CINTA aku 
*gelak kecik sambil senyum gedik*
Masih belum terbuka lagi hati aku ni. 2010 buat pintu hati aku tertutup untuk itu.
*mengaku je la xde sapa yg nak*


Hahaaaa... Persetankan sume tu!! Jodoh pertemuan, Ajal maut semua ditangan Allah. Aku hanya berdoa Allah temukan kita dengan orang2 yang baik. Yang dapat bimbing isteri dan anak2 ke jalan yang Allah redhai. Kalau bukan pada tahun 2014 pun tak apa. Aku terima.... *walau sakit hati~~*

2014
Sejurus saja masuk 1 Januari tadi... Aku dah demam.
NAIIIISSS~~~~

ASSALAMUALAIKUM

Semoga 'pandanganku_yangmulia' sentiasa dirahmati Allah s.w.t

Sunday, 29 December 2013

Facebook No More??!

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum... Hai kepada semua yang sedang membaca blog saya sekarang ni. Dah lama tak post apa-apa entri kat blog ni. Memang xde apa yang best pon dalam blog ni. Hanya utk membuang masa je.. 

Hohohohoooo....

Berbalik pada tajuk utama. Hmmm.. xde pape yang jadi pun~ Perlulah korang tahu, saya ni orang yang bermusim. Buat masa ni saya rasa malas nak online di Facebook. Macam juga blog ni, bermusim~ Ada masa insyaAllah saya online la balik kat FB.. Tapi bila? Saya pun tak tau... Mungkin seminggu, mungkin sebulan, mungkin setahun... Wallahualam...

Blog ni memang dah lama ada. Bukan sebab ikut-ikut orang. Orang lain ada blog, saya pon nak ada... Sumpah tak ok!! Masa mula-mula buat blog ni saya cam teruja dengan tutorial-tutorial dalam internet. Guna HTML, CSS, Javascript what so ever... Tu memang minat saya.. Lagipun saya memang ada belajar buat website, serba sedikit saya belajar secara tak langsung. Source code dia kebanyakannya sama je pun. Tak jauh beza~

Kepada kawan-kawan saya kat FB, kepada yang pernah jadi kawan lepas tu unfriend saya (hohohooo!!!) dan yang pernah jadi kawan lepas tu SAYA yang unfriend!! (ahakss!!) ~sorry k!~ Kalau ada apa-apa hal boleh contact saya kat sini je. Kalau cam was-was saya baca ke tak. Boleh je email terus kat saya kat -- fana1790@[gmail.com]
-buang bracket tu yea-

ASSALAMUALAIKUM












Semoga 'pandanganku_yangmulia' sentiasa dirahmati Allah s.w.t

Sunday, 22 September 2013

Ini semua Kuasa ALLAH s.w.t

بسم الله الرحمن الرحيم

Fuuuhh.... Tajuk entri agak serius!! Bagi aku mmg serius la tu... Takkan aku nak memperkotak-katikkan nama Sang Pencipta aku sendiri kan... 

Hari ni alhamdulillah~ Hidup lagi manusia bernama Nurul Atiqah nih! Syukur Ya Allah. Masih lagi aku bertuah dapat hidup lagi. Banyak nikmat Allah dah beri kat aku. Alhamdulillah! Alhamdulillah!

Tak tau la kenapa aku rasa nak bersyukur sgt pagi ni... *xsalah pun kan!* heheheee...


Hari ni gua mulakan hari gua dengan HKCC... Ape tu HKCC?? Namo panjang ea Haida Kamaruzaman Collagen Cappucino. Sodap!! xdo raso cam Kopi Che Nah yang pokek likek tu.. *pokek2 pun gua suko!*
Rase kopi ni cam cappucino.. *namo pun dah cappucino...* Rasenye sgt smooth.. Boleh diminum sejuk, panas dan boleh dibuat ais blended. Khasiatnya banyak... Sesuai utk lelaki dan perempuan.. dan kopi khusus untuk LELAKI pun ade.. tapi aku tak upload gambar laa... sbb aku tak minum pon!!
apo bangang ea??
  Kalo rasa nak tau lebih lanjut pasal kopi ni boleh la pegi ke link yg dah gua bagi kat atas atau PM kat page NIH!!! Dua orang kekanda gua bersama Ibunda tersayang jual kopi nih... Gua tolong2 jer.. Ikhlas... *komisyen amik gak* :3


Lepas tu... Rutin tiap2 pagi. Gua akan letakkan Minyak Burung Unta LAMBORIAN nih kat tengkuk, kepala & bahu... Bagi hilang tegang2 otot selepas kita tidur & bau dia sgt menenangkan kepala hotak. Serius!! Hari2 rasa cam nak mandi dengan minyak nih sebab bau dia wangi, xmacam minyak cap kapok. Dah lama aku guna minyak ni... Start masa aku sekolah dulu lagi. Kesegaran bau dia membuatkan kita mudah fokus utk belajar.
*ok..gua iklan benda ni xdpt komisen pun. Juz sharing*



Apa-apapun... semua ni xkan berkesan kalau bukan kerana KUASA ALLAH!! Kita kena yakin..segala manfaat yg kita dapat dan keberkesanan yg kita dapat dengan produk2 camni semua atas KUASA ALLAH... Jgn sesekali takbur kata sebab makan ubat ni, minum air tu aku jadi camni.. Kun Fayakun kaaan... Kena yakin, semua itu KUASA ALLAH swt.

Assalamualaikum








Semoga 'pandanganku_yangmulia' sentiasa dirahmati Allah s.w.t

Thursday, 12 September 2013

Kami dah MENANG??? Naaaaahhh!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Gua mmg suka! Seronok tgk org meroyan... Lagi2 meroyan sbb stalk status aku.. Tgh meroyan2 tu tunjuk lak kebodohan diri.. Elok sangat~

Nasihat kat ko, sudah2 la meroyan.. Aku buat keja aku, ko buat keja ko.. Cakap kencang tak cukup hebat, kalo hasilnya TAIK semata2.. Buat keja ko... Tunjuk hasil yang berguna.. Baru boleh bangga!!

Takyah nak pikir dulu camne nak luaskan 'JAJAHAN' (la sangaaaat~)..
Takyah bangga lu dapat pegang ribu2 orang.. Orang2 lu pon goyah...
Lu, kasi settle dulu lu org punya masalah.. Kitorg nak tlg pon dah tak blh nak buat ape.. 
Semua nak ego, semua nak bajet hebat, bajet suci, bajet wanita bawah lindungan Kaabah..

Yes!! Yg buat TAIK tu bukan ko! Tapi dia kan team ko.. Bawah ORGANISASI TERTINGGI ko gak..
Ko antara org tertinggi dlm organisasi tu.. Ko bertanggungjawab masa dia ada dlm organisasi tu dan segala apa yg dia buat semasa dia di dalam organisasi tu..

Jangan semua pakat nak lepas tangan..
Jangan sesekali xnak bertanggungjawab..
Itu AMANAH orang!!
Aku faham masalah korang... Kalo aku pon aku rasa terbeban... Orang lain punya TAIK korang lak nak kena basuh! Tapi sekurang2nya mintak maaf.. Minta maaf kat semua org yg AMANAH mereka tak dilunaskan.

Tak salah kalo kita mintak maaf walaupun bukan salah kita...
Aku pon nak mintak maaf la kot ade terasa ngan ayat2 aku..
Aku-Kau xsama!!
Mungkin ko xboleh terima cara aku..
*macam mana aku xboleh terima cara ko*

**************************************************
Aku tak suka kata orang kalah..
Dan menganggap aku sudah menang..
Hidup umpama roda...
Kita ada kat bawah, kemudian naik, lepas tu turun semula....
Mana tau esok lusa kami akan berada di bawah semula...
????

Semoga 'pandanganku_yangmulia' sentiasa dirahmati Allah s.w.t

Tuesday, 10 September 2013

Kedai Mercun Hangus.... Kikikiiii.... (dah lame daaaaah!!)

بسم الله الرحمن الرحيم

Topik kali ni pasal mercun la puleeeeeek. Raya kan dah habis. Apeda!! *Ceyh!! sebenarnya aku baru pasan pasal benda ni*

Mercun?! Gua benci mercun!!! Gua xsuka benda2 bising nih.. Seriously~ kalo gua rasa aman damai dlm keadaan sunyi, tiba2 ada sakai mana ntah g letupkan mercun! Perrggh!! Mmg menyirap satu badan toq!! Nafsu nak membnuh tu meluap2 rasenyer...

Peliknya di Malaysia ni. Mercun dah lama dah diharamkan. Tapi masih lagi nak jual! Tak ke benak tu? Nanti, bila tangan dah pecah, meletup bagai~ Masing2 nak salahkan orang lain. Polis la salah, bomba la salah, doktor la salah... Masalahnya ko yang bodoh!! Yang dilarang tu laaaa... yang ko nak sgt buat. Ni yg org panggil BIUT!!!

Papepon... layan ar video ehsan dari Oh! Tidak nih.. Kejadian dikaborkan berlaku di Sri Rampai.. As usual, salah rakyat marhaen... Polis jugak yg dipersalahkan. Katanya lambat buat kerja, tak pantau kawasan tu - bior org jual mercun sampai 2 khemah. Tapi, bila polis dok tahan, dok saman, dok marah2 korang... kata pulak polis ni kasar, kurang ajo, *%^&#.... 
-Malas ar aku nak borak pasal kebiutan manusia2 yang bajet pandai nih...-


Play le video nih. Best gak kheeennnzz... Selalu tgk mercun tala ke atas... Ini kalilah!! Dapat tgk main bawa saje puuunn... Hilang kempunan nak tengok meteornye aduhai~



abaikan la video yang tak termakan ruang nih.... malas dah nak betulkan saiz

Tapi gua pelik!! Camne ea?! Orang yg merakam video ni boleh rakam dari start kedai mercun ni terbakar sampai habis. Siap boleh landing betul-betuuuuuul depan kedai tu dulu... 'Keikanan' kheeennzz

~Mesti dia wartawan yg cekap~
*fakoff!!*



Semoga 'pandanganku_yangmulia' sentiasa dirahmati Allah s.w.t

Monday, 9 September 2013

Kalau Allah dah mengkehendakinya....

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ni hari kedua aku untuk sem kali ni..
Nak cita pasal semalam apa dah jadi...

Kaki aku terpeleot lagi!!
Kaki aku terpeleot pada hari pertama bukak sem nih...
Punya la sakit baq hang!!
Terpeleot kat tempat yang sama masa kaki aku terseliuh time men hoki dulu...

Mula2 kena dulu amik masa sebulan lebih jugak la nak recover...
Yang ni aku xtau laa.. Harap2 xlama sangat laa...
Baru start kelas takkan nak buat hal...
Payah la kalo camni...

Tahla dapat bilik tingkat 4..
Barang2 pon xabih angkut lagi...
Kalo kaki ok xpa laa...
Ikutkan hati pon mmg xmau pindah bilik lain...
Sebab aku dah selesa dok kat bilik ni..

Aku harap semua ni ada hikmah dari-Nya


Semoga 'pandanganku_yangmulia' sentiasa dirahmati Allah s.w.t

Friday, 6 September 2013

Garu kepala aku dibuatnya dengan undian Super Spontan nih!

بسم الله الرحمن الرحيم

Host #SuperSpontan2013 yg sgt2 'menghiburkan' memperkenalkan konsep baru la kot utk Super Spontan kali ni..
Kad Merah & Kad Kuning


Kad kuning - Player xboleh main utk satu game
Kad Merah - Player xboleh main utk satu malam
What the Hell??!!!
Apsal nak sekat2 player? Ni Super SPONTAN.. 
Everything is Spontaneous!!
BTW ni utk hiburan je kan... Xyah nak follow rule bola sepak sgt la kan...
Hurgh!!!

Seperti yang dah dijangka. #KetamKonfius akan kalah teruk giler vavinyer...

Mula2 gua igt minggu ni xde penyingkiran...
Rupa2nya lambat lak bagitau..
Konon nak buat gimik laa...
Hoh!!! xsurprise poooonn!!!

Semoga 'pandanganku_yangmulia' sentiasa dirahmati Allah s.w.t

Saturday, 31 August 2013

Demam Super Spontan yang tak berjaya...

Gua poyo je... konon nak feeling2 la demam #SuperSpontan.. Tapi cam xberjaya... Gua rasa banyak yg kurang..

Paling nampak kurg best kat rancangan ni adalah kat host dia... 
Seriously, dorang xsesuai jadi host. Sejak Frust Giler lagi dah xminat cara dorg...
Bukan la nak kutuk sgt...
Bagi gua, elok la dorg teruskan jadi dj je..


Satu lagi gua nampak penonton cam kurg meriah... 
Suma cam kena paksa je time gelak tu.. Cam kaver2, malu2... 
Weyh, ko tgk rancangan lawak ok!

Semoga 'pandanganku_yangmulia' sentiasa dirahmati Allah s.w.t

Friday, 30 August 2013

Super Spontan 2013 :: Antara Ketam Konfius & Semut Sentap... Siapa jadi pilihan?

بسم الله الرحمن الرحيم

Super Spontan 2013

Frust gak ar aku xdapat nak tengok live Sepahtu berentap on 1st episod. Tapi xpe... Setiap yang menghalang itu mungkin ada kebaikannya. Kebaikan yang kita tak pernah tahu manfaatnya...

Pikir2 balik pon baik xpayah pegi.
  • Sebab jauh & xde transport.
  • Mak gua nak dtg KL esok, xkan gua xde kat umah utk sambut beliau kaaan...
  • esok 30 Ogos... rakaman abis kul 11.30... Kompom sesak! Org nak sambut merdeka toqq! 

Semoga 'pandanganku_yangmulia' sentiasa dirahmati Allah s.w.t

Kenapa Allah Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah??

بسم الله الرحمن الرحيم

Perrgghh!! Dah lama siot tak update blog! Hari ni tetiba rasa bermotivasi plak nak update. Tak tau kenapa?! Aisyh... Nyampoh rase~

Tajuk cambest je... Poyo2 gitu! Mesti ramai org dah tau ungkapan pada tajuk tu, dan mungkin ada yg dah terfikir...
Ha'elaa... dak ni mesti nak borak pasal CINTA nih... Eeeuww!!! 
Actually, ungkapan tu general. Yep! Ia mmg sesuai utk "CINTA"!!! Tapi bagi aku, ia juga sesuai utk 'PERSAHABATAN' & dalam dunia kerjaya mungkin...

Untuk awal2 nih... aku nak borak pasal my BFF giler vavinyer.. Orang yg berkongsi suka duka, pahit manis sepanjang setahun lebih kami bersahabat. Aku mohon Ya Allah..jgn pernah putuskan persahabatan ini.

Semoga persahabatan kami bertiga kekal selamanya...
Amiiin~



Semoga 'pandanganku_yangmulia' sentiasa dirahmati Allah s.w.t

Thursday, 16 August 2012

Bengang giler aku!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Tidak aku menggunakan kalimah ALLAH itu untuk melempiaskan kebengangan yang terbuku di hati ini...
Namun ku berharap berkuranglah sedikit rasa sakit yang kian terpendam di sudut hati ku ini...
(pergh!! ayat nak mintak penerajang)

But, seriously!!! Aku mmg bengang dengan apa yang dah berlaku baru2 nih...
Aku punyalah berusaha duduk di KL ni untuk sebulan lebih...
Siap cari kerja lagi...
(xde la nampak aku ni menumpang bodo2 je kan)
Semata-mata utk attend satu event nih..
Konon nama aku dah di amik utk jadi one of their crew...
Meeting dah 3-4 kali datang,
Then, PAP!! Batal~~

Tell me!! How can I remain calm?
Duit banyak dowh keluar...
Gggrrrhh!!!

Ceritanya mmg SUPER panjaaaaaaaang~~
Dan aku tak rasa nak bercerita pon kisahnya...
Sebab hanya menimbulkan rasa bengang je dalam diri nih...
Dah la bulan Ramadan al Mubarak yg masih berbaki 3 hari je lagi ni...
Bek aku diam je... Aku malas nak menjadi macam orang 'ITEW' yang dok seronok mencanang kat semua orang...
Kononnya dia di pihak yg benar SANGAT!!!
Kalau aku dok canang... sama je la aku bebal macam dia...

Aku yakin, kalo kami di pihak yang benar...
Dan punya niat yang baik...
InsyaAllah, Allah akan memudahkan kerja kami...
Itupun kalau 'TUAN PUNYA BADAN' nak membantu kami yg cuba utk menaikkan nama mereka...

Apapun... Aku nak mintak maaf...
Tak lama lagi dah nak raya...
Aku haraap segala silap dan salah aku sebelum ni dapatlah dimaafkan...
Aku manusia biasa, tak lari dari kesilapan...
Tak mudah nak senangkan hati semua pihak...
Meskipun kita berhempas pulas berusaha untuk berbuat sedemikian...
(ok! ayat bunga lagi... Puiitt!!)

Assalamualaikum....

Semoga 'pandanganku_yangmulia' sentiasa dirahmati Allah s.w.t