| **Home** | **Pesbuk **|**Cuit Cuit** | **AtiQuote** | **KGDCG Sepahturious!!** |

Wednesday 2 September 2015

Dilema Seorang Dropshipper

Baru-baru ni aku ada keluar dari 1 grup dropship jual instant shawl murah.
Memang murah-memang berkualiti.
Walaupun aku tak pernah lagi beli dari dia, tapi menurut yang dah beli tu memang berkualitilah.

Hampir 2 bulan aku duduk dalam grup tu tanpa promote apa-apa shawl dia atau beli untuk kegunaan sendiri.
Sebenarnya memang menjadi tabiat aku,
For the first month, tengok dulu cara jual beli mereka ni berlangsung.
Ada penipuan ke? Ada masalah lain-lain ke...

Sebelum ni memang aku tak pernah dapat grup yang macam ni,
This is the first time...
Hahahahaaa!!!

Nak tau apa???
Servis lambat! Teeeerrrrrlalu lambat!!
Bila dropshipper tanya itu ini dia tak balas.
Dengan alasan dia seorang saja yang uruskan pembungkusan parcel dan lain-lain.
Ramai yang bagi cadangan suruh cari pekerja, tolong dia untuk proses pembungkusan.
Banyak juga alasan dia bagi balik untuk lepaskan diri.
Sampai dropshipper pon dah mula rasa sangsi.
(Akulah tu..)

Bukan kata tipu, tapi bila LAMBAT aje.
Ia akan jadi masalah. Masalah yang sangat BESAR!!
Sebab, costumer tak akan cari dia,
Costumer akan cari dropshipper.

=====================

Kepada 'Orang Yang Mencari Dropshipper' di luar sana.
Take Note, Please!!

•Bila anda mencari dropshipper,
Anda perlu bertanggungjawab dengan 2 orang costumer dalam 1 order.
(Your Dropshipper + Dropshipper's Costumer)

--Dropshipper anda ni yang bantu anda untuk teruskan kelangsungan bisnes yang anda jalankan.

Tak kiralah apa barang sekalipun, shawl, dress, kosmetik, barangan kesihatan... Mostly penjual menjual barangan yang bagus, tapi mungkin ramai yang tak ada bakat untuk promote barang pada orang luar.

Itu gunanya dropshipper yang akan jadi your promoter for your own products! Mereka dah tolong carikan costumer untuk anda, tolong hargai.

Anggap dropshipper ni sama je macam ajen dan stokis. Jangan kerana mereka join bawah anda tanpa apa-apa modal, anda nak layan mereka macam nobody. Jaga mereka macam staff sendiri.

*********************
•Bila anda mencari dropshipper,
Anda dah bersedia dengan stok jualan yang banyak DAN JUGA BERSEDIA DENGAN ORDER YANG SANGAT BANYAK!!

--Dropshipping antara sistem perniagaan yang sangat ramai orang minat nak buat. Terutamanya dari golongan suri rumah, student dan golongan yang menolak MLM. Huhuhuuu..

Bayangkan, berapa juta orang yang menunggu peluang nak jadi dropshipper? Itu belum kira yang masih was-was. (Nak jadi dropshipper ke tak nak? Nak teruskan atau tidak?).

Andaikan 1 bisnes, 100 orang mahu jadi dropshipper. Dan orang yang mengendalikan 100 orang dropshipper itu hanya anda seorang. Agak-agak larat? Bayangkan dalam 100 orang, separuh daripada mereka memang hardcore mencari pelanggan. Order paling kurang dalam sehari ada 5. 50 darab 5... Seorang nak handle. Larat??

Anda perlukan staff yang lain untuk membantu dalam urusan pembungkusan parcel. Ambil dalam 2 orang staff. Anda uruskan order, staff tadi tolong bungkus. InsyaAllah tak miskinnya kalau buat macam itu. Kita berkongsi rezeki, Allah akan murahkan rezeki kita.

*********************
•Bila anda dah dapat dropshipper,
TOLONG JANGAN BAGI ALASAN YANG BUKAN-BUKAN!

--Dropshipper ini kebanyakannya orang asing yang memang tak kenal siapa anda. Tak tahu anda duduk di mana. Mereka hanya letakkan harapan agar mereka dapat duit sampingan apabila menjual barangan anda.

Jadi, bila mereka dah berjaya mendapatkan costumer untuk anda, berlaku jujur. Jika parcel boleh dihantar pada waktu yang segera, beritahu. Kalau perlu ambil masa sebulan, setahun.. beritahu. Jangan katakan, "order sis, saya dah hantar", sedangkan tak pun! Dropshipper ini ambil kata-kata awak tu dan beritahu costumer yang parcel dah hantar.

Masalah timbul bila dah seminggu, barang masih tak sampai-sampai. Sedangkan anda dah kata "order sis, saya dah hantar". Masalah lain pula timbul bila costumer minta tracking number pada dropshipper. Nak dapat mana tracking number? Parcel pun tak hantar lagi, silap-silap bungkus pun belum.

Nama yang busuk bukan anda! Tapi dropshipper yang menolong anda mencari costumer itu tadi.
*********************

Entri kali ini bukanlah nak mencari salah 'Orang Yang Mencari Dropshipper'.  No! Seriously,  no!
Cuma ia sekadar teguran. Dropshipper ni datang dari mereka yang memerlukan duit sampingan. Mungkin juga hasil menjadi dropshipper itu juga adalah mata pencarian utama mereka.

Kalau dompet mereka berkepuk-kepuk, aku yakin mereka tak jadi dropshipper. Mungkin mereka antara salah seorang yang post duit berkepuk-kepuk, berbentuk kipas dengan caption "Nak jadi kaya tanpa sesen pun modal? PM saya".

Bila kita berkongsi rezeki, jadikan rezeki itu dari hasil yang baik-baik.
Yang halal boleh jadi haram, yang haram boleh jadi halal.
Kalau kena caranya.

Assalamualaikum.


Semoga 'pandanganku_yangmulia' sentiasa dirahmati Allah s.w.t

0 orang macho & chanteq telah komen:

Post a Comment

Thanks sebab komen... =)