| **Home** | **Pesbuk **|**Cuit Cuit** | **AtiQuote** | **KGDCG Sepahturious!!** |

Friday 30 August 2013

Kenapa Allah Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah??

بسم الله الرحمن الرحيم

Perrgghh!! Dah lama siot tak update blog! Hari ni tetiba rasa bermotivasi plak nak update. Tak tau kenapa?! Aisyh... Nyampoh rase~

Tajuk cambest je... Poyo2 gitu! Mesti ramai org dah tau ungkapan pada tajuk tu, dan mungkin ada yg dah terfikir...
Ha'elaa... dak ni mesti nak borak pasal CINTA nih... Eeeuww!!! 
Actually, ungkapan tu general. Yep! Ia mmg sesuai utk "CINTA"!!! Tapi bagi aku, ia juga sesuai utk 'PERSAHABATAN' & dalam dunia kerjaya mungkin...

Untuk awal2 nih... aku nak borak pasal my BFF giler vavinyer.. Orang yg berkongsi suka duka, pahit manis sepanjang setahun lebih kami bersahabat. Aku mohon Ya Allah..jgn pernah putuskan persahabatan ini.

Semoga persahabatan kami bertiga kekal selamanya...
Amiiin~


Macam2 dah kami buat bersama, kami sebenarnya nobody. Xde pertalian apa2 pun. Dari segi kekeluargaan, kenegerian atau kesekolahan (ape aku merepek nih). 

Aku asal Perak, belajar di Kedah...
Ain asal Johor, kerja di Kuala Lumpur...
Wawa plak mmg asal dan masih di Selangor... tapi masa kami mula2 kenal.. dia masih study di Johor.

Mak Wawa pernah cakap dengan aku dgn nada yg agak kagum...
Kami semua asal jauh2... Saling tak mengenali satu sama lain, tapi boleh akrab macam ni.. Tambahnyer lagi, 
Kalo Allah dah nak temukan, dengan apa cara sekalipun Dia akan temukan.
Masa tu aku terdiam gak... digesting every single words she said~
Betul jugak apa mak Wawa cakap... Ini semua kebesaran Allah.. 

Kami bertemu setelah kami ditemukan dengan orang yang salah!!
Kami bersatu kerana nak betulkan apa yang salah!!
Tipu la kalo kata kami xpernah rasa terduduk atau menyesal...
Tapi semua tu berlaku sebab benda lain...
Kami tak pernah menyesal dengan PERSAHABATAN kami..

Dari dulu sampai sekarang persahabatan kami tetap kuat!
Bukan hari ni datang, esok blah..
Hanya nak ada dengan kami untuk kepentingan diri...
Heheheee... Well~ Selagi aku hidup. Jangan harap la korang akan dapat!!

Banyak sebab kenapa Allah temukan kita dengan orang yang salah. Antara kita sedar atau pun tak.. dan aku pernah menyedarinya.. Alhamdulillah~

Berbalik pada tajuk entri, bagi aku, semua tu proses pembelajaran mengenali manusia. Yea, aku manusia & mereka juga manusia. dan manusia ni pelbagai, dari segi zahirnya pon dah berbeza... inikan pulak batinnya..

Sehingga mati (insyaAllah~), aku xkan berhenti bersyukur kehadratnya kerana menemukan aku dengan orang2 yang salah.. kerana bagi aku, setiap yang salah ada betulnya. Allah menduga kami dengan orang2 yg sering menindas kami, menyakiti hati kami... Tapi dlm masa yg sama, Dia berikan kami kekuatan utk melawan segala cacian dan tohmahan pihak lain dengan saling mempercayai antara satu sama lain.

Kepada mereka2 yg terlibat dgn KES kami (paham2 je la kheeennzz~) yg telah ditemukan dengan orang yang salah (pada pendapat aku!). Aku harap sangat, janganlah anggap kami orang yg betul! Mungkin kami juga orang yang SALAH dikemudian hari...
Tapi yang pasti, setakat ini... Belum ada FITNAH lagi yang kami pernah buat...

*senyum sinis tahap vavi shial!!*

Semoga 'pandanganku_yangmulia' sentiasa dirahmati Allah s.w.t

2 comments:

  1. Ini semua poyo..wahahaha da ada blog uollss....congratsssssssssssssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama dah ade looorh...
      cuma xberupdate jer...

      Delete

Thanks sebab komen... =)