| **Home** | **Pesbuk **|**Cuit Cuit** | **AtiQuote** | **KGDCG Sepahturious!!** |

Wednesday 17 December 2014

Kau Ni BODOH ke??

Entri kali ni tiada kaitan dengan sesiapa, tidak mengutuk sesiapa, atau merujuk kepada sesiapa melainkan kepada aku sahaja.
Jangan assume macam2 dan stop act like a stupid person
*Thanks!!*
BODOH menurut Dewan Bahasa & Pustaka, individu yang sukar mengerti atau mempelajari sesuatu, bebal, dungu, tolol. Menurut Dr. Azizan Osman pula bermaksud - tiada ilmu. Dan menurut aku, perkataan BODOH itu adalah 'mencarut', bila mana dulu masa aku kecik2, kalau aku atau kawan2 aku sebut 'bodoh' kitorang kena cepat2 sebut 'TOBAT!'. Bertujuan untuk menghapus dosa mencarut.

Bodoh tol masa kecik2 dulu
*TOBAT!!*
pheeeeww~

Seriously, aku mengaku dengan sejujur-jujurnya, aku pon tergolong dalam golongan manusia yang bodoh ni. Walaupun orang nampak aku macam well known, tapi kita sendiri lebih tahu kan sejauh mana pencapaian kita. Sumpah!! Aku tak suka bila orang melihat aku ni serba tahu semua perkara, dan mengharapkan aku mampu buat semua benda. Sebab aku tak suka nak kecewakan orang dan patahkan harapan orang.

*sebenarnya itu kelemahan aku*

Terlalu BAIK nak penuhi permintaan orang itu dan ini. Akhirnya aku sendiri jadi mangsa. 
BODOHNYA aku!!
*TOBAT!!*

Aku mengaku aku sebenarnya agak ZERO dalam ilmu2 yang sepatutnya aku dah POWER. Selama 4 tahun aku duduk di UUM sebagai student Multimedia,orang kiri-kanan-depan-belakang pandang student jurusan kami ni macam hebat sangat buat designing, sebenarnya dorang tak tahu pun yang aku ni ZERO!!! 

Tapi bagi aku, itu bukanlah reason untuk kita terus menyalahkan pihak lain kalau kita tak pandai buat sesuatu tu. Dan jenis aku memang suka cari dulu-belajar dulu-kaji dulu sebelum bertanya. Dan bila aku memang dah tak jumpa apa yang aku nak, baru aku tanya.
*walaupun selalunya orang STILL cakap kat aku*

"Awak tak baca/study/kaji/bla3 dulu ke sebelum tanya saya"
(kriiik...kriiik...kriiik)
Aku kadang2 slow learner... Tapi kadang2 aku boleh jadi fast learner!!!
Sepantas Buraq mungkin
(veranganzz)

Aku pun xde lah nak borak kencang macam semua orang pandang aku memang hebat giler. Aku ni kadang2 ada orang lihat sebagai seorang manusia yang bodoh. Bodoh sangat2!!! Tapi aku tak mahu selamanya dilihat sebegitu di mata2 orang yang kononnya berada jauh di hadapan aku. Biarlah dia duduk di depan, dan aku masih di belakang. Aku tak kisah pun. Cuma aku tak mahu dilihat seperti Manusia Bodoh!!
Sebab...
AKU BUKAN BODOH!!!
*aku cuma TAK TAHU*

Disebabkan aku tak mahu kelihatan bodoh, aku sering bertanya. Walaupun soalan2 yang aku tanya tu pun macam bodoh je. Aku tetap akan tanya! Sebab kesilapan2 kecik dan bodoh (pada pandangan 'Orang2 Pandai') inilah yang akan menyebabkan sesuatu perkara tu boleh jadi jahanam. Maka untuk mengelakkan sesuatu tu menjadi jahanam, jawablah soalan2 orang bodoh.
*heheheeeee*

Anggap ajelah budak2 bodoh ni macam anak2 korang. Takpun adik korang. Senang citer famili koranglah! Korang nak biarkan famili korang terus terbelenggu dalam kebodohan mereka? Mestilah TAK kan! Kita kalau boleh sedaya upaya memastikan anak2 kita ni menjadi pandai. Kenapa tidak dengan orang di sekeliling kita?? Bukankah dorang juga saudara2 kita?
KITA KAN BERSAUDARA!!
~kan~


Ilmu takkan berkuranglah kalau kita mengajar.

*   *   *   *   *   *   *   *   *   *
Ekceli! Entri ni aku nak post sebelum Along aku kawen.

(teks di bawah ni adalah teks yang aku nak post sebelum 13 Sept 2014 dulu)
.
.
.
.
.
.

Kebelakangan ni aku sangat-sangat-sangat busy. Hari Sabtu Ahad pon aku tak cuti. Bukan sebab apa pun, cuma nak cover hari aku nak cuti nanti. Aku nak kena siap2kan semua kerja aku sebelum aku cuti. Senang orang2 yang akan tinggal kat ofis ni nanti buat kerja2 aku sikit. (dorang nak buatkan kerja aku ke??) Aku amik cuti sebab aku bakal menimang menerima Abang Ipor baru. Bertambah lagi famili aku. 

Saja nak post gambor raya ni. Nak tunjuk jumlah semasa keluarga aku sekarang ni.
*btw! Anis pon bakal menimbang menimang adik tak lama lagi*
-Jaga2lah ko yea Ema-

.
.

.
.
Ni lah ayat paling last aku taip dulu. Perggghh!! Lama dah kot! Lebih 3 bulan dah. Hahahahaaa..
Daaaaaannnn....
Dah macam2 jadi kat famili aku within 3 months ni!!!
.
.
.
.


Kakak aku dah kaweeennn!!!
Yearrrghhh!!!
Ni bukan Anis masa baby..
Ni adik KekNis yang bernama Athirah Zulfa
Inilah budak #SiKeningCamLukisPakaiPensil2B
Muka penuh perancangan jahat untuk masa hadapan

Dan aku baru je dapat info. Along aku pulak tengah pregnant sekarang ni. Harap membesor dengan penuh sado ye semua. Boleh jadi dumb bell mayam.

Adik aku pulak dah start garik nak kawen katenye........ kome weyh!!

*aku jugak la yang belum2 kawen lagi*


ASSALAMUALAIKUM!

Semoga 'pandanganku_yangmulia' sentiasa dirahmati Allah s.w.t

0 orang macho & chanteq telah komen:

Post a Comment

Thanks sebab komen... =)