| **Home** | **Pesbuk **|**Cuit Cuit** | **AtiQuote** | **KGDCG Sepahturious!!** |

Friday 8 August 2014

Fasa Baru Dalam Hidup

بسم الله الرحمن الرحيم

Hahahahaaa!!!! 
Giler la! Mula-mula lagi dah gelak. Kelakor sangat ke ape?

Sebenarnya aku baru perasan. Tahun ni aku hanya post 1 entri je kat blog aku ni. Itupun masa Bella nak hantar report praktikum dia dulu. Dan sekarang aku lak PRAKTIKUM kat tempat Bella praktikum dulu. Lama gila! Tapi nak kisah apa pun kan. Bukan ada orang nak baca.
Hu'alooooh!!!

Alhamdulillah... Sejak 14 Julai lepas aku dah start bekerja kat company ZK Creative Production Sdn Bhd. Minggu ni, pada hari ni dah masuk 2 minggu (tolak cuti raya). Pergh!! Kerja baru seminggu dah dapat cuti (pon seminggu). Ramai gak yang jeles ngan aku hanya semata-mata aku dapat cuti lama. Bagi aku biasa-biasa je pon. Ramai lagi orang yang dapat cuti panjang untuk raya ni.

Aku tak banyak nak citer pasal Raya aku tahun ni. Tahun ni tahun paling sederhana aku sambut Aidilfitri. Di samping kemelesetan ekonomi yang aku hadapi buat masa ni. Hmmm... (Yea... gelak kan aku). Dalam pada itu, aku juga rasa sedih dengan tragedi MH17 yang menimpa Malaysia. Belum lagi rakyat Malaysia habis sedih dengan kehilangan MH370. Ditambah pulak dengan peperangan di Gaza. Tak sampai hati pulak aku nak bergembira tahap kuda (seperti yang selalu aku lakukan...) Jadi aku pon sambut biasa-biasa je. 

Citer pasal tajuk entri ni. Saja la nak bagitau. AKU DAH KERJA!! Dah ada income sendiri. Nak kata aku belajar berdikari. Alhamdulillah mak abah aku dah ajar aku hidup sendiri sejak tingkatan 1 lagi. Apa-apapun. Aku akan terus kejar cita-cita aku. That's why I'm here...

At ZK CREATIVE PRODUCTION SDN BHD!!!

*masa aku menaip entri ni aku tgh dengar lagu Bisikan Rinduku nyanyian Dayang Nurfaizah. Guna headphone. Seram lak rasa sebab mmg ada dengar bisik-bisik dalam lagu ni. Tahla aku sorang je dalam opis ni*



Semoga 'pandanganku_yangmulia' sentiasa dirahmati Allah s.w.t

0 orang macho & chanteq telah komen:

Post a Comment

Thanks sebab komen... =)